Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 29, 2010

syukur.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, ju rutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu ju alah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan ju ga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia ju ga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya ju ga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?


i received above email last tuesday and almost deleted it without reading it through.i normally hate long emails, but alhamdulillah Allah bukakan juga hati nak baca.Should i not read the email, i would have been furious right now,anxiously thinking what have i done wrong compared to others or what else could i have done to make myself better and etc padahal tak perlu pon memenatkan otak dengan semua tu.after reading the email, my beliefs was strengthen : rezeki Allah ada di mana2,n masing2 ada rezeki masing2.bukan dari segi kewangan je rezeki kita,anak yg comel,suami yang baik,keluarga yang sihat, itu juga rezeki kan?

we received our bonus and annual increment today and unfortunately my bonus was the worst that i have ever received.it was personally very low due to my 2 months of absence during my maternity leave as explained by my boss during my performance review.i am thankful but i have slight dissatisfaction considering how i worked my ass out during the other four months even though i was heavily pregnant.itu sahaja,tapi takpe,saya still bersyukur alhamdulillah.dah rezeki kita macam tu,terima sajalah,lepas ni berusaha dgn lebih kuat lagi.furthermore,dpt extra advance allowance sbb ada byk task & responsibilities for the next 3 months.syukur alhamdulillah.thats all i can say.=)

tapi bila dpt bonus sikit ni,saya lebih kedekut as compared to last year.last year i was promoted and alhamdulillah my bonus and increment were relatively high.tapi saya sgt boros ok.sikit je simpan,byk belanja konon2 nak reward myself for working so hard.chewah.but now,i saved all the money for aqeef's future education.better kot for long term kalau dpt bonus sket ni.chewah,poyo.nak pujuk diri sendiri la ni.

ok.tapi still saya bersyukur.Alhamdulillah.

Wednesday, April 28, 2010

glee

in dire need of glee episode 14 & 15.please,can someone help?=(

busyuk manja mama

Tuesday, April 27, 2010

chef dina

what happens when a hungry mummy comes home from work only to find the house has nothing that is instantly edible?huhu.jadik chef dina sekejap pls.i arrived home at 8pm today,finding nobody's home but maryam n aqeef.after maghrib,i washed the dirty laundry and headed to the kitchen.wau.even as i'm typing this post i couldnt believe it.saya memasak.hahaha,gelakkan diri sendiri pls.but the outcome was not that bad.
telur dadar lazat

asam pedas tenggiri yang lazat juga

sayur kobis yang ultimate lazat.


p/s:mari muntah sbb sendiri masak sendiri cakap sedap.huahuahua.

aqiqah preparation

Aqeef's aqiqah ceremony will be on the 8th of May 2010 insyaAllah.=) initially we set the aqiqah to be on the 15th of May, but due to ucu pina's matriculation registration is to be on the 10th of May, the ceremony is being brought forward to the 8th.Kalau lmbt2 nanti ucu pina tak dpt join aqiqah aqeef pulak kan.

So, skrg tgh huru hara nak siapkan semua benda.sgt pening. semua benda nak buat DIY.invitation cards, doorgifts bagai.tak sedar ada 2 minggu je lagi nak settlekan benda.huwaaa!help!kad sume tak potong lagi.isk2.takut.

things to be done:

1.Baju mama aqeef- da hantar tailor(to collect on 1st May)
2.Baju papa aqeef- da hantar tailor(to collect on 1st May)
3.Baju Aqeef - insyaAllah siap 1st May (to collect from Mak Ngah)
4.Invitation card - tinggal nak photostate map,gunting semua n tampal atas paper keras + ikat riben + send to friends n family(uwaa,banyaknya lagi)
5.Door gift - nak ikat riben kat al-ma'thurat n carik paper bag.
6.Aqeef's baby cot - perlu ke?haha
7.Confirm price of lembu utk aqiqah - to pay mama.

ok.so many things to do,so little time.get moving nordina.

Sunday, April 25, 2010

hujung minggu yg best!

rasa macam sekejap je masa berlalu.tang weekends je laju sungguh la rasa kan.hari tu rasa baru je cakap dgn kawan2 kat opis "yea!da hari jumaat!seronoknya" tetibe je da habis ahad da.isk2.oh how time flies when you're having fun.my weekends was filled with great things and wonderful people.oh,sgt best.

on saturday morning, mami, maryam, aqeef and i went to mak ngah's hse in kelana jaya to try aqeef's baju melayu.isnin lepas,hantar kain baju melayu kat mak ngah sbb mintak tlg dia jahit baju melayu utk aqeef.nak hantar jahit kat kompleks, the cheapest adalah rm80 ok.

"kenapa mahal sgt upah baju melayu baby ni dik?takleh diskaun ke?mcm sama dgn upah baju melayu org besar je?"

"eh,akak,akak tak tahu,susah jahit baju melayu baby ni,lagi susah dari jahit baju melayu org besar"


#%$*^&%&#^$W%&.

so i bought kain ela je kat gulatis n sent it to mak ngah hse on monday.hari rabu mak ngah da call suruh dtg fitting sbb dia takut tak muat, kalau after try nak alter pape, still have time.3 hari ok.3 hari je da siap 80% je baju.hello.mak ngah yg da berumur,mata tak nampak sgt pun boleh siapkan baju melayu dlm 3 hari,apakah yg susah sgt?(diam la nordina.tak reti jahit baju sila jgn banyak kompelin,huhu.)


huhu.sgt comel ok aqeef pakai baju melayu.sekali pandang mcm sumo body suit ke hape.hehe.comelnya anak mama ni.=)


mak ngah happy tgk aqeef happy.mak ngah yg sgt baik sbb tlg buatkan baju aqeef n refusing to accept any payment or gift,Allah saja yg boleh balas budi baik mak ngah.=).

lepas balik dari rumah mak ngah,kitorang singgah kompleks pkns pula utk book alma'thurat as doorgift masa aqiqah aqeef nanti insyaAllah.kitorang sgt suka org dkt kedai PF kat kompleks tu,sgt baik dan berbudi bahasa.sangat melambangkan islam dalam erti kata sebenar.saya kagum dgn anda2 semua kakak2,abg2 dan adik2 kat kedai PF.=).lepas tu mak bershopping sakan kat kompleks habis sume stall yg ada mak masuk n shopping.da la tak bawa stroller atau carrier aqeef,berdukung je la sepanjang maktok dia shopping.lenguh pls tangan.and oh, mak da belikan maryram baju kurung utk majlis aqiqah aqeef nanti.at first she refused to wear any baju kurung,tp lepas pujuk2 dia kata nanti takde org pakai seluar kat majlis tu,dia ok je.huhu.

tiba rumah dari kompleks,ada abg adi,kak azlina,aiman, anwar & ammar kat rumah.hua!seronoknya budak2 ni ada.lama gila tak jumpa diorang.huhu,penat sgt melayan diorang,tapi seronok.masing2 berebut nak tunjuk skill terbaru diorang kat aunty dina dia.and i'm impressed with my aiman haarith.sgt bijak for a 5 years old boy.dia da boleh azan,qamat,solat dan baca doa panjang lepas solat ok.kagum2.alhamdulillah.pastu bile tanya nak sekolah mana bila masuk darjah satu nanti dia jawab "sekolah al-amin!" huhu.alhamdulillah.but it made me think,mampukah saya mendidik anak2 saya ke arah yang betul,menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat?insyaAllah..tapi dlm kematangan aiman tu,still lagi ada budak2 dia.nama pun baru 5 tahun kan,huhu.


haha.boleh tak budak2 ni main bedak mak ngah ana dia n tempek kat satu muka diorang.pastu cakap "aunty dina,tgk!aiman dgn anwar da jadi hantu" i laughed sampai nangis2 tgk muka diorang.haha.


inilah aiman haarith,october ni dia masuk 6 tahun n kena masuk darjah satu da,cepatnya masa berlalu.rasanya mcm baru semalam je pegi melawat dia kat hospital masa dia lahir.


sibuk lah berebut laptop dgn uncle syafik dia.mestilah balik2 aiman yg dapat guna laptop kan.pastu sibuk bukak google.



setiap kali pon carik pasal ultraman.haish.

lepas tu mestilah jadi ultraman kan?hehe.aqeef kalau tgk abg aiman n abg anwar jadi ultraman, concentrate je dia,mesti tgh hafal cara2 lawan ultraman.haha.comel sgt.


ini anwar haarith, atuk nordin's second cucu.dia sgt manja n rasanya antara empat2 org cucu,dia yg paling suka nak attention and even though dia da nak masuk empat tahun next month,dia still pelat n berperangai mcm baby lagi.mcm lain je dari typical second child.hmm.


ini ammar the III.haha.ammar cumil and walaupun da nak masuk 2 tahun this july, dia still belum boleh bercakap lagi.takpe ammar,relax je,take ur time ya.tapi walaupun tak bercakap,ligat habis budak ammar ni.


ini aqeef.=p. cucu paling kecik atuk nordin (for the time being je la).huhu.dia sgt baik dan suka bila ramai abg2 kat rumah.galak dia melompat2 bila org dukung konon2 nak main sekali dgn abg2 dia.sabar ya aqeef.lagi setahun,main la sama diorang.

ptg tu pegi pasar malam with kak azlina n the kids.mak suruh beli ikan,sayur n ayam sket2 n bila kena beli brg2 tu of course la banyak barang nak pegang kan, si aiman boleh kata "aunty dina ni dah melampau tau!byk sgt barang nak beli!" right in the middle of the pasar malam dgn suara yg sgt kuat.haha.mcm tak terkata apa n terus tergelak.dia boleh bantai gelak sekali da.hantu betol.hehe.

ahad pula,bgn pagi main dgn aqeef,mandikan aqeef n ajar dia cara2 bergolek dgn betul (boleh bayangkan tak?)huhu.tengahari ikut mami pegi amcorp mall,cause she needed to sign some agreements pertaining to jual beli tanah kat batu pahat apa tah.aqeef ngan papa aqeef pon pegi sekali.surprisingly amcorp mall sgt lah happening di hari ahad ok!sgt best!mak like!firstly ada kedai lunatots kan.menjamu mata lah kami tgk cloth diaper cantik.nak tambah koleksi, papa aqeef tak bagi sbb da byk.haish.saya tergoda dgn kaler peach,biru cair n hijau terang dia.baru kot.hari tu masa beli before aqeef keluar takde pon.haish.

pastu jalan2 kat amcorp carik kedai buku excess tu tak jumpa,rupanya dia da tukar tmpt kat tgh2 and da jadi sgt besar!i like.siap ada world book day bagai.pastu buku2 sume murah gila,rm1,rm2,rm3.i like!i managed to get 4books.rm3 each.saya gembira!=)alhamdulillah.



saya suka ini kedai buku.sgt murah ok.silalah pergi di amcorp mall.sapik siap tanya "knp selalu dia beli kat mph je,knp tak pegi sini?" padahal bila org ajak pegi amcorp mall, "jauh la,pegi mph sunway sudah la" hampeh pls.huhu.tp takpe,tadi dia belanja mocha frappucino yg sgt besar,abg sapik still the best,dan2 abang pls.

balik dari amcorp mall,lepak kat rumah, mak ajak pegi sunway pyramid.sapik tanak ikut,so pegi dgn ana,mami ngan abah je.uwaa.serius mak,abah n ana shopping gila2 ok.menci.sbb gaji tak dpt lagi.huwaa.minggu dpn jelah shopping.kechewa ok tak dpt shopping tadi.tlg diorang pegang plastik bag je.berat.


bibik hangkut brg.lenguh ok.diorang ni bukan reti2 carik trolley.hampeh.

tp muka still happy.kuikui.eh,tapi i did get myself a mac concealer.sbb da habis pon tapi.

ok,akip nangis.tata.

Thursday, April 22, 2010

happy birthday adik kecik!=)



Masa saya kecil,saya sangat gembira sbb saya ada 2 org adik kecil utk bermain dgn.ada org utk dicubit,ada org utk main masak2 dgn,ada org utk main makeup2 dgn.sgt gembira,sbb both of my younger siblings adalah perempuan juga.OK,hari ni nak cerita pasal adik kecik sbb hari ni hari special dia.

Masa dia baby kepala dia botak,hehe.sgt comel,kepala besar tapi takde rambut.seriously botak ok,bkn botak yg ada rambut sket2 ke hape,ni totally botak.sekali tgk mcm ET pun ada juga.sampai bila dia da besar ramai org terkejut "ha,ada rambut da?ni yg dulu botak tu kan?" hehe.kesian dia.tp skrg da ada rambut da.sekali keluar rambut dia blond ok.

Another thing, adik sgt lambat start bercakap.rasanya da 4 tahun pun tak bercakap lagi.maybe sbb growup dgn 2 kakak yg sangat bising kot membuatkan dia malas nak cakap.ramai sgt org cakap,sape nak dgr kan?once dia start ckp pon cakap sepatah2 je.huhu.rambut takde,cakap tanak,mcm lembap je budak ni kan?wrong.

Adik adalah seorang budak yg sgt bijak.the smartest among the three of us.dia boleh tak study hape,pegi exam dpt straight A's ok.dia boleh keluar exam 1 hour earlier and get straight A's.Semoga kepandaian dia akan melekat kat akip,tetibe.(amin..insyaAllah)

To my everdearest adik kecik, Nor Khalidah Torji binti Nordin, happy 23rd birthday!hehe,da tua da awk.tlg grow up cpt sket ya,sejajar dgn umur awk,u have a nephew to take care(eh, 4 nephews).

Semoga selalu belajar dari kesilapan and remember whatever with the past has gone, the best is always yet to come.Just remember to not repeat your mistakes and learn from it instead.Semoga semua impian awk(nak kahwin dgn zul for the time being kan?) akan tercapai,amin..have a great birthday sis!=)

Wednesday, April 21, 2010

emosi merundum

jika dunia,aku yg punya,
akan ku dirikan,
sebuah syurga malam tanpa siang,
utk kubermimpi sepanjang masa
tanpa kecewa,
bertemankan bintang yg setia.

i am not happy right now.i hate the fact that i have to leave my son at 6.30 am in the morning to go to work.i hate the fact that i dont feel happy going to work anymore.things are just not the same.bottomline, i hate everything about my job.tsk.

Tuesday, April 20, 2010

Time to change?

According to you
I'm stupid,
I'm useless,
I can't do anything right.
According to you
I'm difficult,
Hard to please,
Forever changing my mind.
I'm a mess in a dress,
Can't show up on time,
Even if it would save my life.
According to you. According to you.

But according to him
I'm beautiful,
Incredible,
He can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
So baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
According to you.

According to you
I'm boring,
I'm moody,
You can't take me any place.
According to you
I suck at telling jokes cause I always give it away.
I'm the girl with the worst attention span;
You're the boy who puts up with it.
According to you. According to you.

But according to him
I'm beautiful,
Incredible,
He can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
So baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
According to you.

I need to feel appreciated,
Like I'm not hated. oh no
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad you're making me dizz-ay

According to me
You're stupid,
You're useless,
You can't do anything right.
But according to him
I'm beautiful,
Incredible,
He can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
Baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
According to you.

According to you
I'm stupid,
I'm useless,
I can't do anything right

I heard this song over the radio this morning and it made me think. Different people will have different opinions about you.So, should one person think you're not capable of doing things or always looking at the negative sides of you maybe you should try taking different routes altogether right?Who knows you'll meet someone else who'll appreciate you for what you are right? Ya Allah, give me guidance to blessfully go through life with patience and barakah.Amin.

Sunday, April 18, 2010

bumbo baby

i bought aqeef his bumbo sitter today!at first i was afraid that he wont fit into it or that he wont be comfortable sitting in it but alhamdulillah he was so happy and comfortable when i put him on the sitter.tergelak2, comel sgt.alhamdulillah,taklah membazir duit mama beli ya aqeef. lagipun tadi beli pun sbb littlewhiz ada sale 6th anniversary dia.murah sgt dpt.the cheapest in the market kot lepas survey2.=)


happy sgt tgk aqeef gembira main dlm bumbo ni.tgk tv dgn papa pun dlm bumbo dia.hehe.hopefully jgn la sekejap je ye gembira ya muhammad aqeef.

the arrival of muhammad fatih

last wednesday(14/04/10) bilal and fariza's muhammad fatih was born at demc shah alam at aproximately 11am.alhamdulillah.congratulations fariza and bilal, may Allah's blessings will always be with you and may your son grow up healthily insyaAllah.=)

faten,hanisah,amoy and i received fariza's sms around 2pm on wednesday and quickly planned to visit her at the hospital.unfortunately, amoy was not able to visit her at the hospital due to work matter.amoy kata hari sabtu baru boleh pegi melawat fariza.oleh itu,cuma saya, faten and hanisah je yg pegi.kat hospital,jumpa kak farah who came with her children.=) sgt kurus ok kak farah and lovely as ever.


us with the newborn baby yg sgt cumels.mari tgk in 1 year siapa lagi yang akan menambahkan ahli gang kita ya.hehe.

hari sabtu pulak,pagi2 da keluar dgn amoy, syafik and aqeef utk melawat aunty fariza,uncle bilal and baby fatih.=) janji nak ambil amoy pukul 10.30 pagi and jumpa faten arnd 11 camtu.tapi mama aqeef ni lmbt siap.hehe.sorry amoy n tenton.last2 tiba anakku da pukul 11 lebih.lepas beli hadiah fariza kat anakku seksyen 9,straight pegi rumah fariza.seronok sgt lepak kat sana,like old times,borak2.bezanya cuma ada 2 babies ~ aqeef n fatih.

p/s: update dari hanisah, insyaAllah dia akan bertunang bulan 6 ini,=) and oh, watching little fatih made me want another baby.hish.=p

Sunday, April 11, 2010

first month


Aqeef was born a healthy 3.93kg baby via caesarian.alhamdulillah.he was a loud baby, if i may say so myself.his scream and cries were very loud sometimes it scares me, but the doctors said if a baby can scream that loud means his lungs are very good.ikutkan ajalah,bersabar je lah i bila dia nangis.

since i delivered via c-section, my recovery process took longer compared to if i were to deliver vaginally.the first week,i was so weak and had to depend on others to take care of me and aqeef.my mom took some time off work to take care of me and aqeef(thank you mami!).the first week,aqeef slept with my parents at night, and my mom even gave him a bath everyday as i couldnt even lift my hands up properly whatmore taking good care of aqeef.

i took pati ikan haruan, steamed haruan and jeli gamat throughout my pantang days and alhamdulillah,i felt much better after the second week.i dont know if it's a fast recovery for caesarian delivery or not but i was quite relieved the day i was finally able to walk without feeling stabbing pain on my stomach.the first week, i also had the traditional urut by one makcik who came to my hse for 3days.oh,sedapnya kena urut.i think this was one of the best parts during pantang days,apart from the yummilicious food.huhu.(mcm nak gi urut lagi je weekeneds depan).

aqeef during this time was very hard to be taken care of.he cried all the time,and syafik and i, as firsttimers were very stressed out with this condition.most of the times we ended up sending aqeef to sleep with my parents as we could not stand being sleep deprived and truthfully we didnt trust ourselves to be around aqeef when we were in that state of mind.

after 1 month, we went to the hospital for aqeef's first check up and alhamdulillah, he had gain some weight to 4.6kg.he had his first hepatitis B shot if i'm not mistaken.comel sgt,he did not even cry a little bit.he was sleeping when the doctor jab the needle and he kept on sleeping.hehe,comel je.tp kalau malam2,bunyi jarum jatuh pun da "uwaaaaaaaaaaaaa" hehe. i remember texting my elder sister "wak, bila aqeef nak reti tido malam ni...???" to which she replied " insyaAllah habis pantang nanti..".huhu.

all in all, the first month was not that great, we were still trying to cope with having a baby and trying to adapt to the idea of there's a very small person who depends on us 24/7 for food, comfort and love.but obviously we felt very blessed and happy with aqeef's arrival and we could not thank Allah enough for giving us such a beautiful blessings.alhamdulillah.

aqeef's arrival.

hari ni ai nak cerita pasal kronologi(chewah,kronologi konon) kelahiran aqeef.dari terlebih due date nya, sampai sempat pegi wedding aunty chika n uncle yeop lee nya,i'll try to summarize everything in this entry. ini supaya ai pon akan sentiasa ingat how it was prior to aqeef's arrival.

23 december 2009

ai da start amik medical leave from work sbb dah tak tahan nak pegi office sambil membawa perut yg memboyot.huhu.kelakar,awal2 da mintak MC dari doktor siti. telefon kak seri (nurse doktor siti) ckp "akak, boleh tak saya nak minta cuti dua hari?saya dah tak larat da nak keje". kak seri ckp "oklah,dtg hospital ambil MC" walaupun mula2 dia hesitate jugak nk bagi.tp lepas cakap saya dah masuk 40 weeks, dia OK je.hehe.
pastu duduk rumah tido je manjang sbb dah tak larat nak gerak2 sgt,perut pon da memboyot sgt masa tu.

26 december 2009

ai sempat pegi wedding chika y'all!!!!ai pegi dgn sapik,cumi dan cumi's fiance encik niki.walaupun perut da memboyot, gagah lagi pegi wedding pls.untuk chika tersayang, apa jua saya redah (eika,sila buatkan saya toblerone cheesecake skrg).huhu.


muka ai ngan cumi sebelum makan,muka ceria semacam tapi perut berkeriok.



dgn encik sapik selepas kekenyangan makan nasi minyak johor yg lazat!


cumi dan encik niki!(gambar ni je yg cumi tak tido ok,lain sume out)



pelamin chika yg chantek.saya dan cumi sgt suka pelamin kamu chika.



finally pengantin sampai selepas sejam kot kitorang tunggu.congrats chika!



cumi-dina-cika.masa ni rasa cam nak nangis sbb dpt amik gambar ngan chika.



the four couples.cumi-niki.dina-sapik.ita-izran.eika-lee.=).cita n cumi next.

masa pegi wedding cika tu mmg sgt best.we stayed for 2 hours kot.tunggu pengantin datang,ambil gambar baru balik.pastu masuk kete mmg sgt flat ok.tak larat gila.rasa cam kaki da tak tertanggung da berat badan ai pls.pastu sgt penat dan balik kot,tak ingat.

28 december 2009

we had our last check up with our gynae specialist dr siti maryam at 9am. masa ni mmg sangat anxious sbb da lepas due date pun tak beranak2 lagi.apohal ni yop?kawan da tak larat sungguh da ni.siap masa jumpa dr siti boleh tanya "due date bila sebenarnya dr?bukan 26hb ke?should we do anythiing utk cepatkan delivery?". tetibe doktor ckp, " eh,due date awk 2 january lah" hampeh.all the while kitorang ingat due date 26dec pls.tetibe 2january.

and then i had my second vaginal examination, and this time it wasnt that pleasant as the previous one.maybe i was not in a good mood and i certainly wasnt ready to be told that i actually had another week to go before my due date.tp after VE, comes the surprise, doktor cakap kepala baby tak engage lagi,padahal sepatutnya first baby during 36~38 weeks da engage da.and dia kata this could be due to either baby's too big or my pelvic bone's too small. mcm mana pun, doktor siti kata, the chance utk i deliver normally secara selamat adalah 20% je.dia suggest to go for c-section. wau.berderau darah dgr kena c-section.mcm tak dpt fikir lain da,takut gila.we did not even once thought about the possibility of delivering through c-section.tu yg terkejut gila tu.

leaps cerita2 dgn doktor pasal pros,cons and risks of c-section, we agreed to go with her suggestion - C-SECTION. wau.after taking test yg utk tgk heartbeat baby tu(CTG kot),doktor kata we can choose any date we want.lepas keluar dari bilik doktor we had to sign release forms, admission forms and tetapkan tarikh bila kita nak deliver.any date was fine but she suggested as soon as possible supaya baby tak jadi terlalu besar.even as we were filing up the forms pon kitorang mcm da takleh fikir apa.sibuk telefon mak n my sisters whether or not we should go with caesarian.we finally chose 30th december 2009 and the nurses told us to come to the hospital 7am in the morning to be admitted.

we went to sunway pyramid afterwards.dua2 sangat runsing ok.tapi syafik beli tiket avatar n sherlock holmes.ok,movie marathon pula.during the movies,mmg tak keruan je perasaan dua2 org,masing2 fikir mcm2.during the movies baby dlm perut tendang2 sgt kuat.probably sbb sound effect both movies sgt kuat.keluar dari movie pegi tandas tgk ada blood show!oh no!masa tu serious rasa "am i going to deliver tonight?" mcm takut sgt sampai nangis.balik rumah,beritahu mak,n mak brought us to hospital pakar bersalin damo kat pelabuhan klang.

at the hospital,sgt horror.the service was so bad.we had to wait like an hour or so even though my mom told them that i had contractions and a blood show already. tp after jumpa doktor, doktor kata even though da ada contractions and blood show, tp kepala baby masih tak engage and she also suggested c-section.and that second opinion made us calmer and more confident to deliver with c-section.alhamdulillah. and after that we went home and i spent two days having mild contractions and cramps.

30 december 2009

bangun jam 6 utk siap sedia nak pergi hospital.sembahyang subuh berjemaah dgn sapik for the last time dgn perut boyot.masa lepas sapik baca doa, termenangis juga i sbb takut sgt lepas ni dah takde peluang nak jemaah dgn suami i.siap minta maaf bagai kalau ada salah silap dan tak dpt jumpa lagi lepas ni.sayu ok.feelings tu,Allah saja yg tau mcm mana rasanya.anything can happen in the operation theater.

lepas siap angkut barang semua,off we went to the hospital.mak and adik pun teman sekali.so sweet.mak cuti sbb saya nak deliver.lepas sampai hospital n admit dlm wad,relax2 je, siap tgk astro pls.cerita betty.tp fikiran ke mana, betty ke mana.takut sgt.lepas tu nurse dtg bagi pil buang air utk kosongkan perut.lepas 2 minit, terus buang air ok,sgt bagus pil tu.kosong perut i.

after that, another nurse came utk shave saya,=p and masukkan tiub kencing. boleh lagi ckp dgn dia "kalau tak masukkan takpe ke?" dia cakap tak boleh,after caesarian selalu mmg sgt sakit n tak larat nak pegi tandas.ok,lagi takut.mmg sgt tak comfortable lah tiub tu ok.lepas da siap2 semua, dalam pulkul 9.45am nurse2 dtg nak sorong pegi operation theatre.masa tu da cuak sgt.air mata bergenang je sbb takut tak survive. sepanjang kena sorong tu,syafik pegang je tangan i.sgt takut tak dpt jumpa dia lagi lepas tu.and syafik pun diam saja tak cakap apa. the last thing dia cakap " saya tunggu dia kat luar ya" .dlm hati terdetik nk ckp "kalau saya tak keluar?" tp keluar suara sbb takut sgt.

masuk je OT tu, ada anesthetician specialist dtg approach borak "da ready?asal mana?anak first ke?".maybe to calm me down. lepas tu,dia cucuk tgn utk masukkan IV for the operation.then,lepas sampai kat OT,the anesthetician suruh duduk and dia cucuk belakang i dgn epidural kot,sbb after that terus kebas dari perut ke bawah. lepas tu, diorang letak satu blind depan muka i supaya tak nampak perut and doktor siti pun masuk "dina dah ready da". hmm, angguk je la.kalu ikutkan sampai bila pun tak ready nak kena potong perut.isk2.

masa operation tu boleh rasa perut kita kena godek2 goyang2 bagai,tapi tak sakit.kuasa Allah kan.hmm..lepas seploh menit doktor godek2 perut i,tetibe perut rasa ringan.n lepas tu dengar suara baby nangis sgt kuat!kus semangat!masa tu rasa happy,bangga,syukur,lega semua ada bercampur baur, mengalir sket air mata "i'm a mother now.." a feeling like no other.n doktor dtg suakan punggung aqeef tunjuk anu dia kat i n i automatically wanted to get up to hold him. semua org jerit "jgn bgn!" haha.lupa perut tgh melopong.terburai pulak isi perut kang.huhu.

alhamdulillah,syukur,aqeef dah selamat.after that,masa doktor tgh bersih2kan perut nak jahit balik luka, doktor jumpa cyst ok kat ovari saya n dia tanya "nak buang ke?" saya mestilah jawab nak kan?siapa yg nak ada cyst kat ovari diorang kan?hmm..
lepas selamat dijahit semua,i was sent back to my room to rest.alhamdulillah..
itulah cerita kelahiran muhammad aqeef danish saya.=)next time insyaAllah akan cerita pasal post delivery pula.toodles!

Sunday, April 04, 2010

aqeef's earliest visitors

(1)atok2,nanny n maktok(of course).
(2)mak chu da,aunty na,pak boy,aunty leen and mak long zura,pak ngah ana.
(3)aunty umi, aunty chika n uncle yeop lee.
(4)aunty ita and uncle izran
(5)wan wit n bibik
(6)uncle zaidi n family(bos papa aqeef)
(7)pak yan & aunty izah
(8)mak ude fariza & uncle bilal
(9)aunty nisa & uncle fahmi
(10)aunty faten & aunty hanisah
(11)tok zakaria n family
(12)kakak eisya n pak long manaf
(13)uncle faiz,aunty mizah & humairah
(14)uncle sani,uncle jiji,uncle saifullah,uncle mazni,uncle abid,uncle bilun.

aqeef's development



1st week.3.93kg.55cm.champion of the hospital's nursery.he looks so big compared to the other babies.the first time i saw him, i cried tears of joy.alhamdulillah.he looks so big and healthy.he had this cute little squeak everytime he wanted to start crying.oh,i miss that squeaky little voice.sgt pantas masa berlalu.

aqeef was born by c-section and i had to stay in the hospital for three days so that my wound can be properly monitored.i did not have a dramatic birthing process but once the anesthetic wears out,ouh,all hell breaks loose.subhanallah.the pain was excruciating. my whole body was aching especially at the bikini line area.i could not even lift my body up and i never felt so helpless.i had to depend on syafik and he had to tend to my every needs.thank u sayang..for being there.

despite my aching body and wound,alhamdulillah i managed to give aqeef my breastmilk 1 hour after he came out.he was an intelligent baby,once he found my nipple,he sucked it hungrily even the doctor and nurses were surprised to see such young baby could latch that easily.hmm.alhamdulillah again.

3 days later we went back to my mum's place in kota kemuning.the first week,aqeef slept with my parents during the night as i was still weak due to the operation.i could not even cough or sneeze without feeling excruciating pain.but,oh how i love the pantang food.hehe.ok,i'm hungry now.til next time, toodles.