Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 16, 2011

umi's little girl

alhamdulillah, puan umi saya dah selamat dah melahirkan baby girl yang sangat comel ptg tadi.:) hari ni saya kebetulan ada byk keje kat opis, dok la bersemangat buat keje, dkt2 nak pukul 9, tersedar ada sms dari umi beritahu dia dah selamat bersalin, terus hilang semangat nak keje, bungkus2, bertolak ke hospital melawat cumikomi dgn si comel dia.

oh, umi bersalin kat hospital pakar annur kat bangi ni je hah, tu yang sempat melawat, sekangkang kera je dari
opis. since pagi lagi dia dah beritahu dia nak pegi checkup 38 minggu dia, tetibe arnd 11am camtu dia call ckp dia dah 5cm dilated!uwaaaaaa!sgt seronok dan teruja. n alhamdulillah, umi selamat bersalin jam 7.30ptg tadi, hari khamis 160611(cantik je nombor ada nombor 6 n 1 je, huhu.n oh, kalau kirakan, malam jumaat la kan, da lepas maghrib).umi bersalin secara caesar, n she did try pushing to deliver normally at first, but couldnt because the baby was in a difficult position. which caused her tp get satu jahitan. tsktsk. i gasped listening to her story tadi. uwaaa, satu jahitan, n luka caesar lagi. dejavu pula saya.

masuk2 je bilik umi, tgk2 dia terbaring fully covered with blankets, attached to the painkiller punya tiang tu, terus teringat time baru lepas caesar dgn aqeef dulu. seriau je rasa. niki, husband umi siap cakap "ha, bagi motivasi sket kat umi ni,:)" uwaa, saya dah terkejung kat situ seketika sbb teringat ngilu sakit
jahitan kat perut dulu n rasa sejuk semacam sbb epidural n painkiller post-operation tu. mmg tak ah nak bagi motivasi.huhu.

tapi lepas tu borak2 dgn mak umi, dia tanya cara2 penjagaan org bersalin caesar ni. ok dah,:) ingat dah kena makan pati ikan haruan hari2, makan ikan haruan rebus dgn halia, makan buah orange n apple byk2, n alhamdulillah, doktor kata sgt cpt proses penyembuhan luka saya.:)sgt membantu benda2 tu, alhamdulillah.

tapi mi, mmg sakit sketlah perut kamu tu nanti. 7 lapis kan terbelah, sabar jelah ya.insyaAllah besar ganjarannya nanti,:) to umi's nameless little girl, welcome to the world. aunty doakan baby membesar menjadi muslimah yg berguna didunia dan diakhirat insyaAllah,:) to umi n niki, welcome to parenthood world!:)

eh, gambar jgn dilupa ya,hehe.


meet umi's little girl!:) born 160611!


kat annur specialist hospital bangi, tgkt 3, bilik lily 6-1,:) she'll be staying at the hospital til saturday.

hari yg berakhir dgn gembira, :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: