Ok, i dont even know whether or not jagger can cook.haha.
Hari ni hari cuti, krismas katanya. Seronok sbb cuti panjang, semalam cuti, hari ni cuti, esok pun cuti.mak like..:) jadi hari ni kami anak beranak berjalan2 ke rumah mertua saya..yang sangat jauh itu. Lebih kurang seploh menit dari rumah saya.haha. Jauh sgt plis.;p
Sebelum pergi singgah beli kel utk birthday aqlan kat kota kemuning dulu. Hari isnin lepas, 19 hb, aqeef's twin from another mother turned two!yea for aqlan,:)
Semoga menjadi muslim berjaya di dunia dan akhirat ya sicomel mak ngah yang baik hati suka mengalah dgn kakak eisya dia,:)
Kek untuk aqlan dari pak ngah, mak ngah and aqeef danish.:)
Ok, pak ngah yang beria meniup lilin yang tak bernyala apahal pak ngah oi?;p birthday boy n aqeef dok blur2 lagi tak tahu apakah peranan yang perlu diadaptasikan di sini. Tiup lilin kah?pak pacak kah?atau bodyguard?
One happy family, minus pak ngah & aqeef.. Aqlan still blur lagi apa yang perlu dibuat,huhu.
Yea!unwrapping the present!eh, chop, birthday eisya ke aqlan?Ke mama?hehe.
Pastu seharian dok lepak kat umah nanny, makan sedap2, ikan masak sambal, kangkung goreng ikan masin, masak lemak ayam, labu masak lemak, lepat pisang dan teh o laici. Yummm! Sambil tu tgk asian food channel dgn mak mak aqeef tgk christmas cooking show. Uwaa!sgt sedap christmas food mereka ok. Nampak macam senang juga.
Lantas saya tergoda utk masak something christmasy. Boleh? Balik2 dari umah atok n nanny aqeef, singgah kejap beli bahan2 apa yang patut kat giant, balik umah around 8 lepas solat, semangat2 je masak plis.
Before putting into the oven, sgt banyak mozarella cheese itu rupanya saya letak.
Baked macaroni with cheese. Christmasy la sgt, muahahaha. Sgt lazat dan sgt senang dibuat though. Even org yang pemalas dan tak pandai masak ni pun less than hour da siap. Cool2. Buat dua loyang, satu loyang habis in less than 15minutes. Papa aqeef makan tambah 3 kali!:) suka2 je tambah hotdog lah, minced meat lah, cendawan lah, huhu. Jadi mixed baked macaroni.
And for dessert, i made bread pudding!sorry for the exclamation mark!sgt terkejut dgn diri sendiri sbb boleh buat benda2 ni tetibe.
Bread pudding in the making. Cantik je tgk roti tu naik kembang. Kembang hati i u,;p
Da masak! Sgt crunchy n creamy. Suka suka suka. I used to hate bread pudding. Tetibe suke, apa kes weh?Huhu. Senang sungguh buat benda alah ni rupanya. Less than 15 minutes dah siap(cara saya lah. Tahape ape resepi tah la kan, main bantai saja. Campur2 resepi chef2 yang tgk kat tv).
Bajet hiasan gaya gaya masterchef. Chef dina (uwek uwek uwek, setahun masak less than 5 kali, ada hati nak jadi chef. Hahahaha).
All in all, today was great. Suka tgk family makan makanan yang kita masak beria2 especially encik sapik. Cant wait for esok pulak, nak masak apa eh?;p
- Posted using BlogPress from my iPhone